MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

27.8.16

Phuket 2016

03.06.16

Pertama kalinya aku menjadi seorang Kembara Solo (tapi mem. nak ikut!!!) dan DESTINASI ini pernah aku jejaki pada tahun 1994. 
Bagaimana ya..........setelah 22 tahun.
 PHUKET 
 PHUKET 
 PHUKET 

Dengan bajet yang sederhana tapi mau jalan....inilah pilihannya.
Tiket AirAsia RM252.08 pergi balik (promosi harga musim cuti sekolah).
Penginapan di @ White Patong Hotel rm182.80 (2 malam)
.
Penerbangan hanya 1 jam 15 minit sahaja dari KLIA2 ke Phuket International Airport. Tiba saja di Airport, aku segera ke kuanter Khidmat Kenderaan. Oleh kerana dompetnya tipis, aku cuma naik bas mini (van). Tiketnya  B180 seorang dan akan bergerak sehingga bas mini itu penuh sehingga 15 orang. Argh!!!  Terpaksalah menunggu 1 jam. Perjalanan ke Patong Beach pula mengambil masa 1 jam 30 minit.

Wow! Boleh tahan juga @ White Patong Hotel. Bilik selesa dan yang penting ada tingkap. Cuma... tak ada lift dan tak ada jug kettle. Tapi yang paling penting bersebelahan di Jungceylo Shopping Mall dan Bangla Road. Di lobi hotel itu ada kuanter pakej ke mana-mana destinasi pilihan di Phuket. Aku tertarik kepada pakej James Bond Island 5 in 1 tapi kena tengok harga di tempat lain dulu.  

Lapar...Lapar. Mana nak cari makanan yang halal ni. Selalunya ada masjid mesti ada kedai makan halal. Jom ke Masjid Nurul Islam di Jalan Prabaramee. Ahh! memang benar. Banyak sekali kedai makan halal di sini. Memang sedap sangat-sangat tomyam putih, tomyam merah, udang goreng dan daging masak halia di Restoran Islander ini. Harga pun murah.

Inilah masjid bagi umat Islam di Patong dan aku dapatlah solat maghrib berjemaah di sini. Mereka memberi salam dan menyambut dengan mesra kehadiran aku di masjid ini sebagai saudara seislam. Diharapkan kepada pelancong-pelancong Malaysia yang ke sini, singgahlah di masjid ini dan berilah sumbangan kepada masjid ini.

HARI KE 2 di Patong Beach. Banyaknya dugong di sini. Sambil makan maggie cup sambil tengok pemandangan yang cantik-cantik. Alamak! Ada anjing la pulak. Potong!!!!! Jom shopping apa yang ada di sini. Phuket bukanlah syurga membeli belah. Aku hanya membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.


Akhirnya.... aku pilih agensi di lobi hotel. Macam-macam pakej ada tapi yang sempat bagi aku ialah pakej James Bond Island 5 in 1 berharga B1200 termasuk makan tengahari halal. Perjalanan ambil masa 2 jam ke destinasi pertama, iaitu Suwankuha Temple. Apa yang menariknya di sini. Entahlah...bagi penganut buddha memang teruja sangat-sangat. Monyet berekor-ekor bersepah-sepah.

Aku seorang sahaja ke? Orang Malaysia dalam bot ini. Huhuhu.....Layan jer lah. Perjalanan dari Jeti Kasom Pier ke Pulau Talu ambil masa 30 minit sahaja dan di sini aku menaiki kenu yang dikayuh oleh seorang Thai Islam yang peramah berbahasa isyarat. Gua-gua di pulau ini memang cantik-cantik. Allah yang ciptakan.

Selama 30 minit kami diberikan masa untuk mengelilingi pulau Talu ini dan ada 2 buag gua yang perlu kita berbaring di dalam kenu untuk memasukinya sebab lubang gua itu setinggi 24inci sahaja daripada paras air laut. Memang seronok. Memang pengalaman yang amat menarik. Si Pengayuh itu berceritalah mitos-mitos bentuk-bentuk batu yang menyerupai gajah.

Kemudian ke Pulau Jame's Bond. Hanya beberapa minit babak filem Jame's Bond di pulau ini dan dah dapat nama pulau ini. Terkenal pula tu. Tiada yang istimewa di sini. Setakat setongkol batu yang tercacak dalam air tu yang jadi rebutan berselfie. Belilah apa-apa di sini wahai pelancong Islam kerana semua peniaganya beragama Islam. Bantulah mereka.


Jam 3 petang baru dapat makan tengahari. Bayangkan selepas sarapan hanya makan kekacang pemberian pelancong India. Rombongan kami singgah di salah sebuah restoran di perkampungan nelayan Islam Koh Panyee. Wow!! Tomyam seafood, udang celop tepung, ayam masak halia dan sayur campur telah siap terhidang. Apa lagi, memang dah lapar. Geng-geng Arab, India dan Mat Salleh jeling-jeling tengok tahap aku makan dengan penuh selera. Tapi tak gelojoh tau! Tapi memang sedap terutama udang dan sotongnya yang segar. Di pulau ini memang tak dibenarkan membela anjing dan membawa babi. Halal.

HARI TERAKHIR - Penerbangan pulang jam 5.30pm dan mini bas akan menghantar aku ke airport jam 1.00pm dari lobi hotel. Sebelum itu, ronda-ronda di sekitar Patong Beach, tengok-tengok tempat-tempat maksiat di Bangla Road dan beli-beli sedikit FM, KC dan meggie cup Thailand yang halal (perasa Tomyam yang teramat pedas tapi sedapppp). 

Apa-apa pun Phuket memang menarik untuk diterokai tapi ini adalah yang terakhir kali aku ke sini. Dunia ini luas lagi....kan.



Tiada ulasan: