MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

24.4.18

Yogyakarta Yuk! 2018

Telah beberapa kali di tunda ke sini dan akhirnya dengan kembalinya AADC2, aku pun ke sini juga.

RM221.86 = AirAsia - Tiket, Seat & Meals (Pergi Balik)
RM261.00 = Masih Abadi Tour - Supir untuk 4 hari 3 malam
RM211.71 = Whiz Prime Malioboro Hotel - untuk 4 hari 3 malam (setelah dibahagi 2)
RM255.20 = Entrance Fees & Makan Lobster

 RM949.77 = Jumlah perbelanjaan tidak termasuk makan dan membeli belah  

 DAY 1, KHAMIS 12 APR 

Yeah!! Aku udah mendarat di Bandara Adisutjipto International, Jogjakarta bersama temanku. Terbang 2 jam dari Kuala Lumpur memang tidak bosan..... kerna hidangan Nasi Bukhori AirAsia enak banget!

Jejak saja di tanah Jogjakarta, aku dan teman kepingin makan yang sama seperti Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Supirku Pak Tono, lansung ke Pasar Wonokromo. Ada apa di sini Pak Tono? tanyaku. "Kamu akan lihat AADC2 di sini." senyumnya yang buat kami terfikir. Oh! Iya. sinilah Rangga dan Cinta berbicara sambil makan sate Klathak. Sate Klathak bagiku biasa-biasa saja cuma kemanisan daging segar yang digaul garam dan kicap yang kemudiannya dibakar dengan arang memang mengasyikkan.

"Yuk! Pak Tono. Kita ke Sellie Caffee" Aku mengajak Pak Tono yang baik hati. "Rangga dan Cinta berbicara bisu di caffee itu" Katanya. "Tau aja Pak Tono filem AADC2" Aku mencelah. "Aku udah nonton 3 kali" Kata-kata Pak Tono membuat kami ketawa. Hahaha. Di kafe ini, aku hanya minum secakir kopi bersama goreng pisang cheese sambil diiringi musik.

 DAY 2, JUMAAT 13 APRIL 

Hari ke 2, kami keluar dari hotel seawal jam 4.00 pagi waktu Indonesia. Sejam kemudian kami tiba di Kebun Buah Mangunan dengan tiket IDR5000. Di sini kita dapat melihat kabus yang indahkan lereng-lereng bukit di situ.

Jam 6.15 pagi kami gerak ke Jurang Tembelan dengan tiket IDR2500. Di sini terdapat sudut menarik untuk berfoto. Hasilnya.....ini saja Samsung aku yang mampu ketik. Sarapan goreng-gorengan di sini bersama secakir kopi hangat memang menghangatkan suasana. Selepas itu kami ke Lintang Sewu dengan tiket IDR2500, juga untuk berfoto.

Jam 10.30 pagi, kami terjah ke Timang untuk makan lobster seperti viral di media sosial Indonesia. Fuh! Lobster grand banget. 4 ekor lobster, ikan bawal bakar, kangkung goreng, nasi bersama minuman sekitar IDR550,000 lumayan.

 
Jam 11.30 pagi, kami singgah sebentar ke Pantai Iranyanti dan harga tiket IDR10,000 untuk lihat-lihat pantai awam di Jogjakarta. Selepas itu singgah solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Paliyan.

Jam 2.30 petang, kami tiba di Taman Sari dan tiket masuk cuma IDR15,000. Kawasan istana ini memang besar dan kami hanya dapat melawat sebahagian saja. Cuma diharapkan kerajaan Indonesia dapat mencantikkan lagi Taman Sari ini sebagaimana Candi Borobodor.

 DAY 3, SABTU 14 APRIL 

Jam 4 pagi kami sudah dikejutkan oleh Tomi. "Cepat" ujarnya. Kita perlu sampai ke Kem Jeep di Kaliurang sebelum subuh. Pengalaman sungguh menarik menaiki jeep untuk ke kaki gunung Merapi. Laluan sepanjang 6 km begitu mencabar seperti naik kuda. Tetapi sesuatu menginsafkan kita tentang ledakan lava yang telah tinggalkan kesan kepada penduduk di sini pada tahun 2010. Tiket untuk menaiki jeep ini punyai berbagai pakej dan kami mengambil pakej berharga IDR500000 sahaja. 

Borobudur adalah monumen Budha terbesar di dunia yang dibina pada tahun 750 oleh pemerintahan Jawa Dinasti Sailendra. Borobudur diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia. Tiket masuk untuk pelancong luar memang mahal iaitu IDR325,000. Setelah 1 jam berpusing-pusing di atas Borobudur kami pun pilih jalan pulang.

Wow! Dapat juga makan Bakso Beranak di Hadi Jaya Bakso Super Jumbo. Restoran ini terletak di perjalanan pulang dari Borobudur. Pergh! memang sedap Bebola Daging ini. Besar tapi lembut dan di dalamnya ada lagi bebola dan telor. Kena repeat lain kali lah.

Time to shopping. Tapi wang udah nipis. Namun di Pasar Beringharjo tawarkan harga yang amat berpatutan murah. Kami sambar jugak sehelai dua sebagai ole-ole. Di Jalan Malioboro pula begitu meriah dengan manusia berbagai ragam. Muzik jalanan, khemah-khemah jual makanan dan teriakan penjual baju batik Indonesia memang meriah hingga ke larut malam.

 DAY 4, 15 APRIL 2018 


 
Hari terakhir di Yogya ini memang terasa singkat je. Macam tak sempat nak cover ke semua tempat yang menarik. Sebelum pulang ke Negaraku Malaysia, kami singgah makan Gudeg Yu Djum Pusat dan aku berkesempatan masuk ke dalam dapurnya. Ianya telah mencipta inspirasi dan membuat aku berfikir sejenak di dalam penerbangan pulang.

SELAMAT KETEMU KEMBALI DI YOGYA

Tiada ulasan: